Cinnamon Roll


#AdriOppa

Hari nie tokey share Cinnamon Roll (Ban kayu manis) .. mudah tak payah guna mixer .. uli dgn tangan sahaja .. jadi yg xda mixer tu tak perlu lah risau .. tokey skalikan dengan resepi ..
Bahan-bahan A:
- 3 1/2 cawan tepung gandum/roti
- 1/4 cawan gula halus
- 2 sudu kecil Yis
- 1 biji telur A
- 1/4 cawan mentega
- 1 1/4 cawan susu segar
- sedikit garam (secubit 2 ya)
Bahan-bahan lain:
- 1 cawan kismis/buah campuran dicincang (tokey guna buah campuran)
- 1 cawan gula merah + 1 sudu teh serbuk kayu manis
- 1/2 cawan mentega cair (butter dicairkan pun bole)
Cara penyediaan:
**sukat semua adunan
**tepung, gula halus, garam dan mentega di gaul (kaedah finger tip' sampai hilang butter .. kemudian masukkan yis
**masukkan telur dan susu segar .. adun sehingga jadi doh dan tak lekat pada bowl/besen .. guna tangan saja ..
**rehatkan doh selama 30mnt .. kemudian leperkan doh menjadi petak (jgn terlalu nipis)
**sapukan mentega cair diatas doh dan taburkan gula merah yg di gaul dgn serbuk kayu manis .. rata kan atas doh
**tabur juga kismis/buah campuran. Kemudian gulung doh seperti kek gulung ..
**kelim kan/matikan bhgian hujung doh .. potong agak2 ketebalan tu .. dan susun atas loyang/tray macam dlm gmbr ..
**rehatkan lagi sehingga penuh loyang/tray ..
**bakar selama 25-30 minit sehingga perang keemasan/coklat2 sket .. suhu oven 180'c
Selamat mencuba .. serius tokey tak tipu .. mmg xguna mixer .. daaa

Comments

Popular posts from this blog

ROTI BOY

Non bake mango cheese cake

creampuff